Kolej Kediaman Ketujuh atau lebih dikenali sebagai Kolej Kediaman
Za"ba, Universiti Malaya siap dibina pada tahun 1974. Reka bentuk bangunan
kolej adalah menarik dan unik dengan rekaannya yang berpetak- petak. Kolej
Kediaman Za"ba mampu menampung seramai 800 orang penghuni. Kolej Kediaman
Za"ba merupakan sebuah kolej kediaman yang turut dihuni oleh Orang
Kelainan Upaya (OKU). Warga Kolej Kediaman Za"ba adalah berpegang teguh
pada slogan “KAMI BERSATU”.
Kolej Kediaman Za"ba juga mempunyai
pelbagai perkhidmatan pembelajaran dan riadah untuk penghuninya seperti Arena
Intelektual, gelanggang bola keranjang, tenis, futsal, sepak takraw dan
sebagainya. Keistimewaan ini sememangnya dapat melahirkan sebuah masyarakat
yang bersatu padu dan hidup dalam suasana harmoni dengan pelbagai aktiviti yang
dapat mengukuhkan ikatan perpaduan selaras dengan slogan “1 Malaysia”.